Friday, 17 May 2013

Dosa Dan Pengampunan.

Ketika jiwa merasa kesal dan kecewa,
Mengenangkan dosa - dosa yang dilakukan,
Ketika harapan dirasakan tiada lagi,
Ketika diri tiada tempat untuk meluah,
Melepaskan segala resah dijiwa,
Usah berputus asa dengan rahmat Tuhan,
Teruskan perbaiki diri.

Kita seringkali lupa bahawa Allah lebih tahu apa yang kita perlukan,
Teruskan berharap dengan Allah, Ya Tuhanmu,
Yakini dengan Dia, Keesaan Nya,
Bersyukur wahai diri,
Selagi nyawa dikandung badan,
Selagi mata tidak lagi bertutup,
Selagi rongga masih lagi bernafas,
Peluang untuk kembali kepada Allah tidak pernah tertutup.

Tiada pengantaraan antara kamu dengan Allah,
Kecewa dengan kita dosa yang lampau dan banyak,
Orang sekeliling akan berkata, " Tuhan tidak akan ampun dosamu",
Sedangkan Allah lebih mengetahui tentang diri kita,
Siapa mereka untuk menghakimi tentang dosa dan pahala kita?,
Adakah mereka Tuhan yang menentukan dosa kita?,
Adakah mereka Tuhan yang menentukan pahala kita?,
Adakah mereka penjaga pintu neraka yang akan menghumban manusia yang penuh dengan dosa ke dalam neraka?,
Tidak sahabat,
 
An Nisaa, Ayat 106, Allah Taala berfirman,

"Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah; kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Ali Imran, Ayat 129, Allah Taala berfirman lagi,

“Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dia mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

An Nuur, Ayat 5, Allah Taala berfirman lagi,

“Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Tidak cukupkah kita dengan Firman Allah yang menyatakan tentang pengampunan dosa?
Istighfar wahai sahabatku,
Jangan kecewa,
Jangan mudah putus asa,
Jikamana kamu tergelincir dari landasan Allah,
Segeralah kamu kembali kepada Allah,
Allah sesekali tidak meletakkan syarat untuk kamu kembali kepadaNya,
Allah sentiasa mengampuni dosa kamu wahai sahabatku. 


No comments:

Post a Comment