Monday, 25 March 2013

Efek Dosa Pada Mental

Tiga Serangkai, Tidak Terpisah

Mental yang sihat datang daripada rohani dan jasad yang sihat. Sekiranya rohani dan jasad dikotori dosa, mental juga pasti terkena kesan yang sama.

Mental yang tidak sihat, minda mereka kurang memikirkan perkara positif dan sering memikirkan yang negatif sahaja. Jauh daripada memikirkan kebesaran Allah s.w.t. kekuatan-Nya, keindahan-Nya, dan keluasan keampunan-Nya.

Orang dilumuri dosa sukar memikirkan kebaikan.

Dipetik daripada Untuk Kita Pendosa Harapan Selalu Ada.

Sunday, 24 March 2013

Solat Sunat Witir


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. :)

Sekadar perkongsian mengenai Solat Sunat Witir.

Solat Sunat Witir merupakan sunat muakkad yang amat penting dan digalakkan melakukannya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sentiasa melakukan solat Witir dan solat sunat Fajar, baik ketika Baginda bermukim ataupun ketika bermusafir.
.
Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Abu Hurairah:  “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.”  (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda lagi: “Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.”  (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)
.
Dinamakan ‘Solat Sunat Witir’ kerana bilangan rakaatnya ganjil.  Sabda RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam:  “Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada ganjil.”   (Riwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim).
Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau  berakhir  3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam).
.
.

Witir Penutup Solat

.
Solat Witir dilakukan setelah solat Isyak hingga menjelang fajar (subuh). Ia dapat dikerjakan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih. Ia sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.”   (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)
.
Sekiranya dirasa tidak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud lagi, maka bolehlah terus mengerjakan solat Witir sesudah mengerjakan solat Isyak.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang berasa dirinya tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya mampu dan yakin akan dapat bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama.”  (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah)
.
.

 Fadhilat Solat Witir

1.     Orang yang mengamalkannya akan turut disaksikan oleh para Malaikat.
2.     Solat Witir lebih utama daripada solat-solat sunat Rawatib yang lain.
3.     Menurut sunnah yang akan memperolehi syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam di akhirat kelak.

Cara Melaksanakannya:


1.  Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:

“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

Daku Solat Sunat Witir dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
2.  Bacaan selepas Fatihah:
Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun
.
3.  Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir.
.
4.  Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:

“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tan lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

Daku Solat Sunat Witir satu raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
5.  Selepas Al-Fatihah pada rakaat terakhir, dibaca ‘Surah Mu’awwizat’ iaitu:
a) Al-Ikhlas,
b) Al-Falaq dan
c) An-Naas.
.
Al-Nasa’i meriwayatkan daripada Ka’ab r.a., ia berkata: “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membaca dalam solat Witir dengan Surah Al-A’laa, Al-Kafiruun dan Al-Ikhlas.”
.
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0461.
Ishaq bin Ibrahim bin Habib bin Syahid Al Bushri menceritakan kepada kami, Muhammad bin Salamah Al Harrani memberitahukan kepada kami dari Khusaif dari Abdul Aziz bin Juraij berkata: “Saya bertanya kepada Aisyah, membaca surat apa ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengerjakan solat witir?” Aisyah menjawab: “Baginda membaca pada rakaat pertama dengan: ‘Sabbihisma Rabbikal A’laa’, ‘Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun’ pada rakaat kedua, dan ‘Qul Huwallaahu Ahad’ dan ‘Muawwidzatain’ pada rakaat ketiga.”
.
.

WIRID DAN DOA SELEPAS SOLAT WITIR

.
1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:
.
Zikir ini dibaca tiga kali dan pada kali yang ketiga hendaklah menaikkan suara. “RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam setelah salam dari solat witir berkata: Subhanallah Malikil Qudduus tiga kali dan meninggikan suaranya pada zikir yang ketiga.” (Hadis dari Ubay bin Ka’ab)
.
2. Kemudian dibaca 1 kali kalimah berikut:
3.  Seterusnya boleh dibaca doa-doa berikut:

4. Adakalanya Rasulullah SAW membaca doa:
.
5.  Diakhiri dengan Doa Solat Sunat Witir
.
.

Hukum Tangguh Witir ~ Harus

.
  1. Harus seseorang itu melakukan solat witir sebanyak dua rakaat saja dan simpan satu rakaat lagi untuk dilakukan selepas solat sunat lain pada tengah malam.
  2. Harus juga menangguhkan Solat Witir untuk dijadikan penutup selepas solat sunat lain pada tengah malam.
  3. Jika seseorang itu melakukan solat Witir selepas Tarawih kerana mahu mendapatkan pahala jemaah, dibolehkan baginya untuk solat sunat lain ketika bangun tengah malam, tetapi dilarang mengulangi solat witir lagi. Sabda  Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam“Tidak ada dua witir pada satu malam.”
.
Imam Ahmad berkata: “Sesiapa meninggalkan solat witir, maka dia seorang lelaki yang buruk dan tidak wajar untuk menerima persaksiannya.”

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ.

Daripada Abu Hurairah, katanya, “Telah berpesan kepadaku temanku (RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam) tiga pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, solat Dhuha 2 rakaat dan  solat Witir sebelum tidur.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

Segala yang baik kita kongsi bersama. :)
Diambil dari : http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-witir/

Istiqamah Lisan mahupun Hati


Manusia yang didoakan oleh Malaikat

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. :)

Saya ingin kongsikan bersama golongan manusia yang didoakan oleh malaikat dalam seharian hidup kita. In sha allah. Moga moga kita termasuk dalam golongan ini.




1.   Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. 
     
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

    
     “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya.
      Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan
      kerana tidur dalam keadaan suci.”

2.  Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. 
     
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
  
   “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada
    dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah
     ia. Ya Allah sayangilah ia.’ ”

3.  Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. 
     
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

    “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada
     pada saf depan.”

4.  Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah.
    
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

    “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang
     menyambung saf.”

5.  Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai
     membaca Al-Fatihah.
     
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

   “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh
    kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia
    akan diampuni dosanya yang lalu.”

6.  Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. 
     
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

    “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di
     dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7.  Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. 
     
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

    “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai
     hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik 
    (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. 

    “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan 
     pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas
     pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian
     meninggalkan hamba-Ku?” 

     Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami
     tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada
     hari kiamat.’ 

8.  Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang
     didoakan. 
     Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

     “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang
      didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat
      yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah
      kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia
      dapatkan.’ ”

9.  Orang yang membelanjakan harta (infak). 

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak.’ ”

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
11. Orang yang sedang melawat orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”